26 October 2016

Pajeri Mangga Yang Mudah & Sedap

Assalamualaikum...

Malam semalam masak pajeri mangga muda untuk family. Pajeri mangga ni selalu mak masak semasa saya kecil-kecil dulu. Alhamdulillah bila saya masak untuk keluarga saya, semua suka. Selalu dengar pajeri nenas atau pajeri terung je. Tetiba muncul pulak pajeri mangga. Tapi sebut pajeri mangga mak memang kecur air liur saya.

Sesiapa nak cuba boleh la ambil resepi saya ni. Sebagai pengganti kepada nenas. Sesetengah orang tak boleh makan nenas sebab tajam & sebabkan lidah terluka atau gatal.

Kita sediakan bahan-bahannya dulu ye.

  • 7-8 biji mangga muda (dibelah dua) - seeloknya guna mangga telur
  • Kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga
  • 1 biji bawang besar (tumbuk / kisar)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk / kisar)
  • 1 sudu besar udang kering (tumbuk / kisar)
  • 1 inci halia (dihiris nipis)
  • 1 paket serbuk kari daging
  • 1 paket kerisik
  • 2 senduk santan
  • Garam (secukup rasa)
  • 1 sudu besar gula melaka (atau boleh ganti dengan gula putih)
  • Minyak (untuk menumis)
  • Air



Cara-cara nak masak begini ye

  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga.
  2. Masukkan bawang besar, bawang putih, udang kering & halia. Tumis sampai wangi.
  3. Masukkan bancuhan serbuk kari. Masak sampai pecah minyak.
  4. Masukkan air sedikit.
  5. Kemudian masukkan mangga, kerisik & gula melaka.
  6. Perasakan dengan garam.
  7. Tunggu mendidih & masukkan santan.
  8. Biar mendidih sekali lagi. (tambah garam jika perlu)
  9. Sedia dihidangkan.
Seperi biasa.... Selamat Mencuba! :-)



No comments:

Post a Comment

Anakku masuk tahun 1