26 October 2016

Pajeri Mangga Yang Mudah & Sedap

Assalamualaikum...

Malam semalam masak pajeri mangga muda untuk family. Pajeri mangga ni selalu mak masak semasa saya kecil-kecil dulu. Alhamdulillah bila saya masak untuk keluarga saya, semua suka. Selalu dengar pajeri nenas atau pajeri terung je. Tetiba muncul pulak pajeri mangga. Tapi sebut pajeri mangga mak memang kecur air liur saya.

Sesiapa nak cuba boleh la ambil resepi saya ni. Sebagai pengganti kepada nenas. Sesetengah orang tak boleh makan nenas sebab tajam & sebabkan lidah terluka atau gatal.

Kita sediakan bahan-bahannya dulu ye.

  • 7-8 biji mangga muda (dibelah dua) - seeloknya guna mangga telur
  • Kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga
  • 1 biji bawang besar (tumbuk / kisar)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk / kisar)
  • 1 sudu besar udang kering (tumbuk / kisar)
  • 1 inci halia (dihiris nipis)
  • 1 paket serbuk kari daging
  • 1 paket kerisik
  • 2 senduk santan
  • Garam (secukup rasa)
  • 1 sudu besar gula melaka (atau boleh ganti dengan gula putih)
  • Minyak (untuk menumis)
  • Air



Cara-cara nak masak begini ye

  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga.
  2. Masukkan bawang besar, bawang putih, udang kering & halia. Tumis sampai wangi.
  3. Masukkan bancuhan serbuk kari. Masak sampai pecah minyak.
  4. Masukkan air sedikit.
  5. Kemudian masukkan mangga, kerisik & gula melaka.
  6. Perasakan dengan garam.
  7. Tunggu mendidih & masukkan santan.
  8. Biar mendidih sekali lagi. (tambah garam jika perlu)
  9. Sedia dihidangkan.
Seperi biasa.... Selamat Mencuba! :-)



24 October 2016

Resepi Paru Goreng Berlada

Assalamualaikum...




Hari ni saya nak kongsikan resepi paru goreng berlada yang mudah & ringkas. Ini pertama kali saya sediakan masakan ni. Atas guide daripada sepupu maka terhasillah. Alhamdulillah kiranya berjayalah saya masak paru.

Selalu makan paru goreng ni time breakfast nasi lemak. Kadang tu memang teringin nak masak sendiri. Tapi tak sampai seru lagi katanya. Ha, semalam seru dah sampai. Seruan suami namanya hihihihi....

Sebelum kita nak masak or sediakan bahan-bahan. Saya nak share macam mana nak bersihkan paru. Mula-mula basuhlah paru tu. Lumurkan dengan tepung gandum sekejap kemudian bilas. Ada yang bersihkan guna limau kasturi. Mana-mana pun boleh sebab tujuannya nak menghilangkan bau hamis darah lembu. 

Kemudian rebus paru sampai mendidih lebih kurang setengah jam. Kita dapat tengok perubahan warna pada paru masak agak masak. Bilas lagi sekali dengan air. Kemudian toskan airnya. Kemudian dah boleh la sediakan bahan-bahan yang lain.

Nak masak berlada ni ada dua peringkat. Peringkat pertama, kena goreng paru dan peringkat kedua sambalnya pula. Tak de rumit-rumit pun. Cuba sekali masak dah boleh je nak petik jari jer lepas ni nak masak lagi.

Sebelum kita nak masak or sediakan bahan-bahan. Saya nak story macam mana nak bersihkan paru. 

Mula-mula basuhlah paru. Lumurkan dengan tepung gandum sekejap kemudian bilas. Ada yang bersihkan guna limau kasturi. Mana-mana pun boleh sebab tujuannya nak menghilangkan bau hamis darah lembu. 


Kemudian rebus paru sampai mendidih lebih kurang setengah jam. Kita dapat tengok perubahan warna pada paru. Angkat dan toskan airnya. Tunggu sejuk kemudian potong nipis-nipis.

Bahan-bahan untuk goreng paru:
  • Paru (dihiris nipis)
  • Kunyit
  • Garam
  • Sedikit ketumbar (ditumbuk halus)
  • Sedikit jintan manis (ditumbuk halus)
  • Minyak (untuk menggoreng)

Cara-caranya:
  1. Lumur paru dengan semua bahan-bahan macam nak goreng ikan
  2. Panaskan kuali & tuang minyak
  3. Goreng paru dengan kaedah deep fry (bagi tenggelam)
  4. Dah garing boleh angkat
Tips: untuk bagi paru garing & rangup, pastikan potongan paru nipis & goreng dengan api yang kuat

Kemudian kita nak buat sambalnya pulak ye.

Bahan-bahan:
  • Cili hidup (kalau rasa nak pedas boleh jer letak cili api)
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Tomato
  • Serai (sebatang)
*** bahan-bahan di atas ni semua dikisar kasar
  • Air asam jawa
  • Garam (secukup rasa)
  • Gula (sudu kecil)
  • Minyak (untuk menggoreng)
Cara-caranya:
  1. Panaskan kuali & tuang minyak
  2. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak
  3. Masukkan air asam jawa, garam & gula.
  4. Biarkan sambal sedikit kering, masukkan paru yang dah digoreng tadi.
  5. Kacau-kacau sampai sebati
  6. Dah boleh dihidangkan
Selamat mencuba ye :)

14 October 2016

The apple of my eye

I love you from my heart
I love you from my soul
Mother raised you with love
Just to see you become a good person

All our beautiful memories
Laugh together
Even cry together
I wish the best to keep in memory

Mother love you up to heaven
From the beginning until eternity
Because you are...
My sweetie pie

HAPPY BIRTHDAY MY PRINCESS
Khairunnisa' binti Shukri
14.10.2010

Truly love
~ibu~











12 October 2016

Mama repair mesin basuh

Assalamualaikum... hari ni nak story kisah merepair mesin basuh. Pernah terjadi sekali dulu. Sebijak-bijaknya gi basuh karpet yang jenis hancur lapik bawahnya... Akhirnya mesin tersumbat. Air tak nak keluar & spin. Menangis seminggu basuh baju guna tangan. Walhal masa time studi dlu mmg basuh guna tangan pun kan.... hihihihi

Pastu tetiba minggu lepas jadi ler pulak. Aduhai la mesin basuh rosak ni memang payah la kerja. Malas pulak nak ngadu kat suami. Try la godek2 sendiri. manala tahu kalau hos tersumbat..tapi tidaklah pulak. Tergerak hati nak bukak belakang mesin. Try ON mesin balik..tetiba nampak mcm spark2 kat tepi2 wayar. Rupa-rupanya ada wayar terbakar.

So berani2 jugaklah nak repair sendiri. Bukan lah acah-acah berani tapi konfiden kalau setakat nak cantum-cantum wayar ni...

Gini lah rupa wayar yang terbakar tu 


Apa yang dibuatnya... potong skit pembalut wayar & keluarkan wayar copper (tembaga). Pastu lilit-lilit bagi sambung balik kedua-dua wayar yang dah putus. Pastu lagi....balut ngan selotape wayar.


 Yang kaler biru tu pun dibalut jgk...untuk safety. Tp pic yg dah dibalut tak snap


Buat kemasan. Supaya takde lah nak berselirat sana-sini. 


Akhirnya, syukur...mesin basuh dah dapat running macam biasa. Alhamdulillah jimat duit nak upah orang repair. Buatnya spare part takda, parahnya kena beli mesin basuh baru. Nangis tak berlagu lah jawabnya
Apapun tak sia-sialah ilmu Kemahiran Hidup yang belajar masa sekolah dulu.

Sebelum berpisah, nak pesan dulu la ye. Kalau xberani plsss don't try this at home. Benda-benda libatkan elektrik ni  amatlah berisiko. Pastikan masa nak buat keselamatan diri dan sekeliling tu dalam keadaan selamat & terkawal. Kalau jadi apa-apa, atas tanggungjawab sendiri ye... :-)


Pesanan penaja:

  • Utamakan keselamatan
  • Nak cantum wayar ke apa, pastikan switch off plug. Yg paling elok cabut terus plug sebelum siap semuanya.
  • Pastikan lantai kering. Pakai selipar, lapik lantai dengan kain atau surat khabar. Karang xpasal2 shock current sbb air ni salah satu pengalir elektrik.
  • Pastikan keselamatan sekitar tempat kita buat kerja termasuk orang yang ada kat tepi kita (sekiranya ada).

Anakku masuk tahun 1