08 January 2016

Kotak dan guli

Asal-usulnya bila Nisa' ajak nak main guli kat tanah. Oh, sayang anak ibu...mana nk cari tanah rata di kawasan rumah kita. Rumah kita ni terapung-apung di udara. Nak ajak turun ke bawah kebyakan tu semua rumput. Ada pun kawasan tanah kosong kecil. Masa lah puas nak main guli. 

Pikir punya pikir.....maka dengan jayanya terciptalah permainan yang mengasah kreativiti mak ni. 
Guna kotak Koko Krunch. Potong sana, potong sini. Ajak Nisa buat sekali. Aktiviti yang menggunakan gam, gunting, pembaris dan pensel. Sesuai la sgt utk mengasah motor kecil anak kita.

Kalau ikut kat kotak tu aku dekokan dengan gambar robocar poli. Ini pun dapat daripada kotak set robocar poli yang beli sehari esoknya rosak =(

Bila dah siap excited sungguh dia nk main. Nanti ada kotak lagi boleh la cipta apa2 lagi.
Teringat pulak masa kecik2 dulu cantum kotak ubat gigi & kotak mancis nak buat lori. Mainan masa zaman dolu-dolu. Bebudak sekarang lagi canggih la..tak de nye main kotak-kotak ni...die orang main LEGO.

Walaupun berbeza zaman, kanak-kanak dan dunia permainan tetap sama. Mungkin menggunakan tools yang berbeza tetapi dunia permainan sangat la mengujakan.
Jangan sia-siakan waktu emas anak kita yang amat berharga ni. Masa untuk menerokai alam kreativiti. 
So, marilah kita ke LEGOLAND hehehehehhe...

(Semoga aku dapat penuhi impian Nisa' nak ke LEGOLAND. Insha Allah...Aamiin.)



06 January 2016

DIY Cara-cara memasang magnetic door stopper

Assalamualaikum...

Today nak share macam mana nak memasang magnetic door stopper atau dalam bahasa melayu nye penahan pintu bermagnet.

Rupa door stopper nya macam ni lah


Benda ni terbeli sbb masa time perpindahan dulu. Kesnya bila buka pintu je pintu tertutup balik sbb ada 'door closer' yang power ranjers. Kalau sendal dengan penyendal pintu getah memang kalah jugak... 
Jadi meninjau2 di Mr. DiY utk mencari solusi & terjumpalah dengan magnetic door stopper ni.

So, let's start!

Tools yang perlu korang ada:
  • Magnetic door stopper (cheq beli kt Mr. DiY) .... murah je RM3.90
  • drill yang mampu menembus dinding korang tu
  • skru driver philips utk yang malas nk memegang drill lama2 mcm aku
  • pensel atau pen utk penanda
  • Segala skru & wall plug disertakan masa beli, so don't worry =)
Stepnya gini..terbahagi kepada 2 section. Satu yang kat dinding & satu lagi kt pintu.

Bahagian A yang attach pd dinding


Memula tandakan lokasi yang hendak di letak bahagian A tu... kena test2 dlu ye buka tutup pintu untuk dapatkan lokasi yang sesuai.

Kemudian buat la lubang skru pada dinding...kalau dinding konkrit sila guna drill yang power ranjer tahap gaban ye. kalau tidak sia2 lah usaha mendrill tu...setakat lubang cekenit je dapat nnt.


Begini hasilnya =)

Ini untuk bahagian B pulak ye..yang attach pada pintu. Memula kena leraikan benda bulat tu...

Cara² nak meleraikan tu. 1st kena tekan kuat-kuat kat tengah tu, hold sambil pusing. Nnt akan nampak bahagian tu terlerai...macam dalam gambar.




Bila dah berjaya meleraikan bahagian B tu, kita boleh le teruskan dgn memasangkan kat pintu pulak.


Lebih kurang jgak dgn cara section A tadi...memula test dlu lekat pada magnet section A tu. Pastu tandakan lokasi...pastu ikut le nak drill ke nak guna skru driver ke sbb dinding kayu ni xde lah nak guna kuasa kuda bagai kan...hihhihii..

Pasang plat dia dlu ye...pastu letak spring pastu nanti pasang penutup dia. Serupa macam keadaan dia memula nak bukak tadi.

Ok...dah siap dengan jayanya. Gini lah rupa parasnya bila dah pasang. Hati pun dah gembira sbb xpayah la nak minta anak menyandar kat pintu kat byk barang nak loading masuk rumah.

So, gud luck u alls... =)












Anakku masuk tahun 1