08 January 2016

Kotak dan guli

Asal-usulnya bila Nisa' ajak nak main guli kat tanah. Oh, sayang anak ibu...mana nk cari tanah rata di kawasan rumah kita. Rumah kita ni terapung-apung di udara. Nak ajak turun ke bawah kebyakan tu semua rumput. Ada pun kawasan tanah kosong kecil. Masa lah puas nak main guli. 

Pikir punya pikir.....maka dengan jayanya terciptalah permainan yang mengasah kreativiti mak ni. 
Guna kotak Koko Krunch. Potong sana, potong sini. Ajak Nisa buat sekali. Aktiviti yang menggunakan gam, gunting, pembaris dan pensel. Sesuai la sgt utk mengasah motor kecil anak kita.

Kalau ikut kat kotak tu aku dekokan dengan gambar robocar poli. Ini pun dapat daripada kotak set robocar poli yang beli sehari esoknya rosak =(

Bila dah siap excited sungguh dia nk main. Nanti ada kotak lagi boleh la cipta apa2 lagi.
Teringat pulak masa kecik2 dulu cantum kotak ubat gigi & kotak mancis nak buat lori. Mainan masa zaman dolu-dolu. Bebudak sekarang lagi canggih la..tak de nye main kotak-kotak ni...die orang main LEGO.

Walaupun berbeza zaman, kanak-kanak dan dunia permainan tetap sama. Mungkin menggunakan tools yang berbeza tetapi dunia permainan sangat la mengujakan.
Jangan sia-siakan waktu emas anak kita yang amat berharga ni. Masa untuk menerokai alam kreativiti. 
So, marilah kita ke LEGOLAND hehehehehhe...

(Semoga aku dapat penuhi impian Nisa' nak ke LEGOLAND. Insha Allah...Aamiin.)



No comments:

Post a Comment

Anakku masuk tahun 1