13 September 2013

SUP KETAM SPECIAL



Bahan-bahannya:


  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
  • Sup bunjut
  • Ketam
  • Sayur-sayuran (carrot, saderi dan sebagainya)
  • Perahan lemon
  • Tomato
  • Daun sup
  • Air
  • Garam
  • Lada hitam
  • Minyak masak

    Assalamualaikum...bertemu ye kita selepas berkurun lama cik Su xmengepos apa2. Byk komitmen la katanya. Moh kita hari ni nak share 1 resepi masak2 yang cik Su modified dari resepi kawan cik Su.

    Cara-cara nak masak sup ketam special ni gini.
    Memula macam biasalah ye. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. (bawang2 & halia tu cik Su biasanya tumbuk dlu sbb lebih rasa).
    Dah tu bila naik harum semerbak, tambah la air, sup bunjut & sayur2an.

    Bila dah empuk sayurnya, boleh la masukkan ketam. Nampak cengkerang tu dah tukar kaler kira ketam tu dh masak ye. Kemudian masukkan perahan lemon & tomato.

    Boleh la rasa la apa yang patut nk masukkan garam, lada hitam & segala rasa2 yang nak ditambah bg sesedap rasa ye.

    Dah tu, tutup la api & masukkan daun sup yang dipotong2 kasar tu. Dah siap, special sgt.

    Anakku masuk tahun 1