30 September 2016

Cara-cara nak activate Kad Debit Maybank Baharu via Online

Assalamualaikum...hope baik2 saja ye.

Entry hari ni berkait dengan post semalam. Semalam saya macam nak apply kad atm/debit via online. Kalau korang belum baca, boleh klik link ni:
http://suhanairda.blogspot.com/2016/09/cara-cara-tukar-kad-debit-maybank.html

Hari ni saya share macam mana pulak cara nk activate kad kita. Saya receive kad sekejap jer. Rasanya mcm semggu jer lepas apply. Penerimaan kad dalam keadaan selamat & elok. So, kad xde sebrg masalah.

Kad yang kita terima disertakan sekali cara-cara utk aktifkan. Kad boleh diaktifkan melalui:
1) Maybank2u
2) Mesin ATM

Cara nk aktifkan via m2u begini ye:


1) Masuk M2U as usual, login & masukkan password

2) klik bahagian 'Card Management'

3) 3) Kemudian lagi, tekan bahagian 'ATM/Debit Card 

4) Bila masuk kat sini, button arahan dah berubah. b4 ni button 'Replace Card'. Tp once, kita dah terima kad, button dah berubah kepada 'Activate Now'. So klik lah ye. Tp check juga ye 4 digit terakhir yang baru kita pada sistem. 
(saja jer tu, sbb step simple sgt...buat je mana la nk tau ada kesilapan apa2 ke)


 5) Pastu follow jer arahan pada step seterusnya untuk masukkan 8 digit terakhir kad kita.
Kemudian request no. TAC.

Tekan button 'Confirm' bila mana no.TAC dah dimasukkan.

6) So... Tahniah kad dah diaktifkan!
Boleh dah guna. Pin number tetap sama. Juz in case kita rasa nk tukar. Boleh buat penukaran no.pin di mesin ATM ye. 

Boleh dah guna kad dengan hati girang & make sure ada duit dlm akaun ye kalau nk shopping tu. Ini kad debit hihihihi...

Before ending, saya share juga cara2 nak activate via ATM Machine:

Versi Bahasa Melayu
  1. Masukkan kad
  2. Pilih bahasa --> Bahasa Melayu
  3. Masukkan no.Pin (No.pin tetap sama mcm kad lama, tak berubah)
  4. Pilih "Lain-lain Perkhidmatan"
  5. Pilih "Pengaktifan Kad"


English Version
  1. Insert card 
  2. Select Language --> English
  3. Enter Pin (Pin numbers remain the same as the old card, unchanged)
  4. Select "Other Services"
  5. Select "Card Activation"
So, ok. Done! Happy kan? senang jer...xyah worry2 lagi. 

See you again in the next entry. Wsalam :-)

29 September 2016

Cara-cara tukar Kad Debit Maybank Baharu via Online

Assalamualaikum...

 Entry kali ni saya nak share cara-cara kita nak apply kad debit/atm untuk maybank via online. 

Bank Negara umumkan semua pemegang kad debit ATM perlu tukar kad debit baharu sebelum 1 Januari 2017. Semua ni adalah untuk keselamatan pemegang2 kad. So, dengan kad baru ni bila kita byr guna kad debit kena masukkan pin kita. Bukan lagi nak kena sign2 lagi dah ye.

Alhamdulillah Maybank sgt prihatin pada pelanggan2nya so, nk apply kad baharu ni boleh la buat via online....xyah nk tggu kat kaunter... xyah apply shortleave sebagainya.

Saya pun dengan senang hati cuba lah apply. Alhamdulillah sgt mudah, as simple as ABC. Ada share kwn2 cara online tapi ada yang worried kot2 salah. So, sbg inisiatifnya saya berbesar hati nak share kaedahnya ye. 


1) Mula2 login M2U mcm biasa.


2) Kemudian, klik bahagian 'Card Management'


3) Kemudian lagi, tekan bahagian 'ATM/Debit Card' 

4) Tekan button 'Replace Card' 

5) Masukkan details alamat untuk dikurier. Jgn lupa tick pada box 'I accept the Terms and Conditions'
Pastikan alamat kita masukkan tu bkn alamat P.O.Box ye. Nnt kad akan dikurier dengan CityLink.

6) Ini part last, kita kena 'Confirm' permohonan ni dengan masukkan no.TAC
Hope korang tahu lah kan mcm mna nk request no.tac...kalau xtahu, hantar komen jer kat entry ni nnt saya reply :-)


Lepas dah masukkan no.TAC, korang boleh tekan button 'Confirm'
So, dah setel. Senang kan?

Once success, tunggu la kad kita tu. Sementara tu, guna jer kad sedia ada.
Dah receive kad baru nnt, kita perlu activate. Nnt saya share pada next post sbb itu pun boleh buat via online.

Kalau korang nak tahu purpose kena tukar kad atm/debit ni Pin and Pay dilink ni: 
Semoga bermanfaat ;-)


20 September 2016

DiY: Cara-cara menampal stiker cermin (mirror sticker)

Assalamualaikum,

Today saya share step untuk memasang mirror sticker di cermin tingkap.

Mirror sticker ni saya beli kat Mr. DiY. Ada dalam bbrpa saiz sbnrnya...
45x200cm, 60x200cm, 120x200cm. So, belilah ikut saiz tingkap masing2. Seharusnya ukurlah tingkap sebelum nak beli ye. 

First step is sediakan perkakas seperti di dalam gambar.

Barang atau tools yang diperlukan:
  1. Stiker cermin
  2. Air sabun - boleh guna sebarang air sabun drp sabun basuh pinggan, syampu rambut or sabun mandian asalkan berbuih ok
  3. Alat penarik air - fungsinya untuk mengeluarkan bubble & memastikan stiker sekata
  4. Kain - untuk sapu/lapkan air sabun ke permukaan cermin
** untuk menyenangkan kerja boleh jgk masukkan air sabun dalam botol spray so, just spray je


So dah complete perkakas semua kita boleh start menampal. 



  • Memula, ukur saiz cermin tingkap tu & gunting.
  • Kemudiannya, pisahkan stiker cermin dengan cover stiker. Cara-cara nk memisahkan cover stiker boleh tengok dalam gambar kat bawah.


Ni mirror stiker kita tu
Lipat skit kt penjuru dia...pastu kupil/kopek/seangkatan dgnnya utk pisahkn dua lapisan plastik ni

Yg bercorak tu kita tampal...yg xde corak tu masuk tong sampah...
Stiker ni xbergam...melekat dgn air sabun

  • Lap air sabun kat tgkap...spray pn boleh..
  • Sabun ni jgn byk2 buat skit2 sbb nnt kering..klau kering sapu/spray blk
  • Tampal stiker pd cermin (yg side licin tu kt permukaan cermin)
  • Belasah je tampal dlu...pastu adjust2 ler kedudukan stiker tu
  • Lps tu..tolak bubble ke tepi2 sbb nk bg sekata guna penarik air tu
  • Buat smpai abis...pastu check kot2 ada bubble2 yg kecik..
  • So, dah siap...
Beginilah kejadiannya bila dah siap. Tingkap bilik direct dgn contractor site. 

Ok nak ambik feel nk continue seblh lagi... All d best!










Anakku masuk tahun 1