16 January 2017

Anakku masuk tahun 1

Assalamualaikum...


2017 bermula dengan aku yang telah mengalami simpton mak-mak anak masuk darjah satu. Menjelang nak masuk ke Januari 2017, Alhamdulillah persediaan dari segi peralatan dan keperluan tu mencukupi seperti yang aku plan since awal tahun 2016 (wah, awalnya plan!)

Perasan bercampur-campur hepi, nebes, risau, apa lagi...apa benda tah lagi excited bagai semua ada la..Biasa la tu. Anak mak sorang semua benda mak cuba siapkan, selengkapnya. Rezeki anak lah tu. Kalau bukan untuk dia, untuk siapa lagi kan?

Hari ni dah masuk minggu ke-3. Minggu pertama penuh dengan kekalutan. Minggu ke-2 aku penuh kepenatan. Aduhai, sampaikan hari Sabtu pun aku terkejut bangun kejutkan anak ke sekolah (entah lawak ke klakar ke sadis ka aku pun xtahu nak describe).

Bila saat malam ku fikirkan balik, beberapa tahun yang sebegini. Masak aku. Mungkin jadual yang berubah sedikit aku yang belum nak adapt. Tapi InshaAllah perlahan-lahan. nnt boleh lah. Aamiin.

So kat sini nak ku share kan sedikit lah jadual perjalanan sebagai ibu yang bekerja dalam uruskan anak sekolah. Moga jadi panduan untuk ibu-ibu yang lain. 

Bangun pagi seawal 5.30am & tidorlah seawal 10.30 pm. Semoga istikomah.....Aamiin :)

26 October 2016

Pajeri Mangga Yang Mudah & Sedap

Assalamualaikum...

Malam semalam masak pajeri mangga muda untuk family. Pajeri mangga ni selalu mak masak semasa saya kecil-kecil dulu. Alhamdulillah bila saya masak untuk keluarga saya, semua suka. Selalu dengar pajeri nenas atau pajeri terung je. Tetiba muncul pulak pajeri mangga. Tapi sebut pajeri mangga mak memang kecur air liur saya.

Sesiapa nak cuba boleh la ambil resepi saya ni. Sebagai pengganti kepada nenas. Sesetengah orang tak boleh makan nenas sebab tajam & sebabkan lidah terluka atau gatal.

Kita sediakan bahan-bahannya dulu ye.

  • 7-8 biji mangga muda (dibelah dua) - seeloknya guna mangga telur
  • Kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga
  • 1 biji bawang besar (tumbuk / kisar)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk / kisar)
  • 1 sudu besar udang kering (tumbuk / kisar)
  • 1 inci halia (dihiris nipis)
  • 1 paket serbuk kari daging
  • 1 paket kerisik
  • 2 senduk santan
  • Garam (secukup rasa)
  • 1 sudu besar gula melaka (atau boleh ganti dengan gula putih)
  • Minyak (untuk menumis)
  • Air



Cara-cara nak masak begini ye

  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga.
  2. Masukkan bawang besar, bawang putih, udang kering & halia. Tumis sampai wangi.
  3. Masukkan bancuhan serbuk kari. Masak sampai pecah minyak.
  4. Masukkan air sedikit.
  5. Kemudian masukkan mangga, kerisik & gula melaka.
  6. Perasakan dengan garam.
  7. Tunggu mendidih & masukkan santan.
  8. Biar mendidih sekali lagi. (tambah garam jika perlu)
  9. Sedia dihidangkan.
Seperi biasa.... Selamat Mencuba! :-)



24 October 2016

Resepi Paru Goreng Berlada

Assalamualaikum...




Hari ni saya nak kongsikan resepi paru goreng berlada yang mudah & ringkas. Ini pertama kali saya sediakan masakan ni. Atas guide daripada sepupu maka terhasillah. Alhamdulillah kiranya berjayalah saya masak paru.

Selalu makan paru goreng ni time breakfast nasi lemak. Kadang tu memang teringin nak masak sendiri. Tapi tak sampai seru lagi katanya. Ha, semalam seru dah sampai. Seruan suami namanya hihihihi....

Sebelum kita nak masak or sediakan bahan-bahan. Saya nak share macam mana nak bersihkan paru. Mula-mula basuhlah paru tu. Lumurkan dengan tepung gandum sekejap kemudian bilas. Ada yang bersihkan guna limau kasturi. Mana-mana pun boleh sebab tujuannya nak menghilangkan bau hamis darah lembu. 

Kemudian rebus paru sampai mendidih lebih kurang setengah jam. Kita dapat tengok perubahan warna pada paru masak agak masak. Bilas lagi sekali dengan air. Kemudian toskan airnya. Kemudian dah boleh la sediakan bahan-bahan yang lain.

Nak masak berlada ni ada dua peringkat. Peringkat pertama, kena goreng paru dan peringkat kedua sambalnya pula. Tak de rumit-rumit pun. Cuba sekali masak dah boleh je nak petik jari jer lepas ni nak masak lagi.

Sebelum kita nak masak or sediakan bahan-bahan. Saya nak story macam mana nak bersihkan paru. 

Mula-mula basuhlah paru. Lumurkan dengan tepung gandum sekejap kemudian bilas. Ada yang bersihkan guna limau kasturi. Mana-mana pun boleh sebab tujuannya nak menghilangkan bau hamis darah lembu. 


Kemudian rebus paru sampai mendidih lebih kurang setengah jam. Kita dapat tengok perubahan warna pada paru. Angkat dan toskan airnya. Tunggu sejuk kemudian potong nipis-nipis.

Bahan-bahan untuk goreng paru:
  • Paru (dihiris nipis)
  • Kunyit
  • Garam
  • Sedikit ketumbar (ditumbuk halus)
  • Sedikit jintan manis (ditumbuk halus)
  • Minyak (untuk menggoreng)

Cara-caranya:
  1. Lumur paru dengan semua bahan-bahan macam nak goreng ikan
  2. Panaskan kuali & tuang minyak
  3. Goreng paru dengan kaedah deep fry (bagi tenggelam)
  4. Dah garing boleh angkat
Tips: untuk bagi paru garing & rangup, pastikan potongan paru nipis & goreng dengan api yang kuat

Kemudian kita nak buat sambalnya pulak ye.

Bahan-bahan:
  • Cili hidup (kalau rasa nak pedas boleh jer letak cili api)
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Tomato
  • Serai (sebatang)
*** bahan-bahan di atas ni semua dikisar kasar
  • Air asam jawa
  • Garam (secukup rasa)
  • Gula (sudu kecil)
  • Minyak (untuk menggoreng)
Cara-caranya:
  1. Panaskan kuali & tuang minyak
  2. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak
  3. Masukkan air asam jawa, garam & gula.
  4. Biarkan sambal sedikit kering, masukkan paru yang dah digoreng tadi.
  5. Kacau-kacau sampai sebati
  6. Dah boleh dihidangkan
Selamat mencuba ye :)

14 October 2016

The apple of my eye

I love you from my heart
I love you from my soul
Mother raised you with love
Just to see you become a good person

All our beautiful memories
Laugh together
Even cry together
I wish the best to keep in memory

Mother love you up to heaven
From the beginning until eternity
Because you are...
My sweetie pie

HAPPY BIRTHDAY MY PRINCESS
Khairunnisa' binti Shukri
14.10.2010

Truly love
~ibu~











12 October 2016

Mama repair mesin basuh

Assalamualaikum... hari ni nak story kisah merepair mesin basuh. Pernah terjadi sekali dulu. Sebijak-bijaknya gi basuh karpet yang jenis hancur lapik bawahnya... Akhirnya mesin tersumbat. Air tak nak keluar & spin. Menangis seminggu basuh baju guna tangan. Walhal masa time studi dlu mmg basuh guna tangan pun kan.... hihihihi

Pastu tetiba minggu lepas jadi ler pulak. Aduhai la mesin basuh rosak ni memang payah la kerja. Malas pulak nak ngadu kat suami. Try la godek2 sendiri. manala tahu kalau hos tersumbat..tapi tidaklah pulak. Tergerak hati nak bukak belakang mesin. Try ON mesin balik..tetiba nampak mcm spark2 kat tepi2 wayar. Rupa-rupanya ada wayar terbakar.

So berani2 jugaklah nak repair sendiri. Bukan lah acah-acah berani tapi konfiden kalau setakat nak cantum-cantum wayar ni...

Gini lah rupa wayar yang terbakar tu 


Apa yang dibuatnya... potong skit pembalut wayar & keluarkan wayar copper (tembaga). Pastu lilit-lilit bagi sambung balik kedua-dua wayar yang dah putus. Pastu lagi....balut ngan selotape wayar.


 Yang kaler biru tu pun dibalut jgk...untuk safety. Tp pic yg dah dibalut tak snap


Buat kemasan. Supaya takde lah nak berselirat sana-sini. 


Akhirnya, syukur...mesin basuh dah dapat running macam biasa. Alhamdulillah jimat duit nak upah orang repair. Buatnya spare part takda, parahnya kena beli mesin basuh baru. Nangis tak berlagu lah jawabnya
Apapun tak sia-sialah ilmu Kemahiran Hidup yang belajar masa sekolah dulu.

Sebelum berpisah, nak pesan dulu la ye. Kalau xberani plsss don't try this at home. Benda-benda libatkan elektrik ni  amatlah berisiko. Pastikan masa nak buat keselamatan diri dan sekeliling tu dalam keadaan selamat & terkawal. Kalau jadi apa-apa, atas tanggungjawab sendiri ye... :-)


Pesanan penaja:

  • Utamakan keselamatan
  • Nak cantum wayar ke apa, pastikan switch off plug. Yg paling elok cabut terus plug sebelum siap semuanya.
  • Pastikan lantai kering. Pakai selipar, lapik lantai dengan kain atau surat khabar. Karang xpasal2 shock current sbb air ni salah satu pengalir elektrik.
  • Pastikan keselamatan sekitar tempat kita buat kerja termasuk orang yang ada kat tepi kita (sekiranya ada).

30 September 2016

Cara-cara nak activate Kad Debit Maybank Baharu via Online

Assalamualaikum...hope baik2 saja ye.

Entry hari ni berkait dengan post semalam. Semalam saya macam nak apply kad atm/debit via online. Kalau korang belum baca, boleh klik link ni:
http://suhanairda.blogspot.com/2016/09/cara-cara-tukar-kad-debit-maybank.html

Hari ni saya share macam mana pulak cara nk activate kad kita. Saya receive kad sekejap jer. Rasanya mcm semggu jer lepas apply. Penerimaan kad dalam keadaan selamat & elok. So, kad xde sebrg masalah.

Kad yang kita terima disertakan sekali cara-cara utk aktifkan. Kad boleh diaktifkan melalui:
1) Maybank2u
2) Mesin ATM

Cara nk aktifkan via m2u begini ye:


1) Masuk M2U as usual, login & masukkan password

2) klik bahagian 'Card Management'

3) 3) Kemudian lagi, tekan bahagian 'ATM/Debit Card 

4) Bila masuk kat sini, button arahan dah berubah. b4 ni button 'Replace Card'. Tp once, kita dah terima kad, button dah berubah kepada 'Activate Now'. So klik lah ye. Tp check juga ye 4 digit terakhir yang baru kita pada sistem. 
(saja jer tu, sbb step simple sgt...buat je mana la nk tau ada kesilapan apa2 ke)


 5) Pastu follow jer arahan pada step seterusnya untuk masukkan 8 digit terakhir kad kita.
Kemudian request no. TAC.

Tekan button 'Confirm' bila mana no.TAC dah dimasukkan.

6) So... Tahniah kad dah diaktifkan!
Boleh dah guna. Pin number tetap sama. Juz in case kita rasa nk tukar. Boleh buat penukaran no.pin di mesin ATM ye. 

Boleh dah guna kad dengan hati girang & make sure ada duit dlm akaun ye kalau nk shopping tu. Ini kad debit hihihihi...

Before ending, saya share juga cara2 nak activate via ATM Machine:

Versi Bahasa Melayu
  1. Masukkan kad
  2. Pilih bahasa --> Bahasa Melayu
  3. Masukkan no.Pin (No.pin tetap sama mcm kad lama, tak berubah)
  4. Pilih "Lain-lain Perkhidmatan"
  5. Pilih "Pengaktifan Kad"


English Version
  1. Insert card 
  2. Select Language --> English
  3. Enter Pin (Pin numbers remain the same as the old card, unchanged)
  4. Select "Other Services"
  5. Select "Card Activation"
So, ok. Done! Happy kan? senang jer...xyah worry2 lagi. 

See you again in the next entry. Wsalam :-)

29 September 2016

Cara-cara tukar Kad Debit Maybank Baharu via Online

Assalamualaikum...

 Entry kali ni saya nak share cara-cara kita nak apply kad debit/atm untuk maybank via online. 

Bank Negara umumkan semua pemegang kad debit ATM perlu tukar kad debit baharu sebelum 1 Januari 2017. Semua ni adalah untuk keselamatan pemegang2 kad. So, dengan kad baru ni bila kita byr guna kad debit kena masukkan pin kita. Bukan lagi nak kena sign2 lagi dah ye.

Alhamdulillah Maybank sgt prihatin pada pelanggan2nya so, nk apply kad baharu ni boleh la buat via online....xyah nk tggu kat kaunter... xyah apply shortleave sebagainya.

Saya pun dengan senang hati cuba lah apply. Alhamdulillah sgt mudah, as simple as ABC. Ada share kwn2 cara online tapi ada yang worried kot2 salah. So, sbg inisiatifnya saya berbesar hati nak share kaedahnya ye. 


1) Mula2 login M2U mcm biasa.


2) Kemudian, klik bahagian 'Card Management'


3) Kemudian lagi, tekan bahagian 'ATM/Debit Card' 

4) Tekan button 'Replace Card' 

5) Masukkan details alamat untuk dikurier. Jgn lupa tick pada box 'I accept the Terms and Conditions'
Pastikan alamat kita masukkan tu bkn alamat P.O.Box ye. Nnt kad akan dikurier dengan CityLink.

6) Ini part last, kita kena 'Confirm' permohonan ni dengan masukkan no.TAC
Hope korang tahu lah kan mcm mna nk request no.tac...kalau xtahu, hantar komen jer kat entry ni nnt saya reply :-)


Lepas dah masukkan no.TAC, korang boleh tekan button 'Confirm'
So, dah setel. Senang kan?

Once success, tunggu la kad kita tu. Sementara tu, guna jer kad sedia ada.
Dah receive kad baru nnt, kita perlu activate. Nnt saya share pada next post sbb itu pun boleh buat via online.

Kalau korang nak tahu purpose kena tukar kad atm/debit ni Pin and Pay dilink ni: 
Semoga bermanfaat ;-)


20 September 2016

DiY: Cara-cara menampal stiker cermin (mirror sticker)

Assalamualaikum,

Today saya share step untuk memasang mirror sticker di cermin tingkap.

Mirror sticker ni saya beli kat Mr. DiY. Ada dalam bbrpa saiz sbnrnya...
45x200cm, 60x200cm, 120x200cm. So, belilah ikut saiz tingkap masing2. Seharusnya ukurlah tingkap sebelum nak beli ye. 

First step is sediakan perkakas seperti di dalam gambar.

Barang atau tools yang diperlukan:
  1. Stiker cermin
  2. Air sabun - boleh guna sebarang air sabun drp sabun basuh pinggan, syampu rambut or sabun mandian asalkan berbuih ok
  3. Alat penarik air - fungsinya untuk mengeluarkan bubble & memastikan stiker sekata
  4. Kain - untuk sapu/lapkan air sabun ke permukaan cermin
** untuk menyenangkan kerja boleh jgk masukkan air sabun dalam botol spray so, just spray je


So dah complete perkakas semua kita boleh start menampal. 



  • Memula, ukur saiz cermin tingkap tu & gunting.
  • Kemudiannya, pisahkan stiker cermin dengan cover stiker. Cara-cara nk memisahkan cover stiker boleh tengok dalam gambar kat bawah.


Ni mirror stiker kita tu
Lipat skit kt penjuru dia...pastu kupil/kopek/seangkatan dgnnya utk pisahkn dua lapisan plastik ni

Yg bercorak tu kita tampal...yg xde corak tu masuk tong sampah...
Stiker ni xbergam...melekat dgn air sabun

  • Lap air sabun kat tgkap...spray pn boleh..
  • Sabun ni jgn byk2 buat skit2 sbb nnt kering..klau kering sapu/spray blk
  • Tampal stiker pd cermin (yg side licin tu kt permukaan cermin)
  • Belasah je tampal dlu...pastu adjust2 ler kedudukan stiker tu
  • Lps tu..tolak bubble ke tepi2 sbb nk bg sekata guna penarik air tu
  • Buat smpai abis...pastu check kot2 ada bubble2 yg kecik..
  • So, dah siap...
Beginilah kejadiannya bila dah siap. Tingkap bilik direct dgn contractor site. 

Ok nak ambik feel nk continue seblh lagi... All d best!










08 January 2016

Kotak dan guli

Asal-usulnya bila Nisa' ajak nak main guli kat tanah. Oh, sayang anak ibu...mana nk cari tanah rata di kawasan rumah kita. Rumah kita ni terapung-apung di udara. Nak ajak turun ke bawah kebyakan tu semua rumput. Ada pun kawasan tanah kosong kecil. Masa lah puas nak main guli. 

Pikir punya pikir.....maka dengan jayanya terciptalah permainan yang mengasah kreativiti mak ni. 
Guna kotak Koko Krunch. Potong sana, potong sini. Ajak Nisa buat sekali. Aktiviti yang menggunakan gam, gunting, pembaris dan pensel. Sesuai la sgt utk mengasah motor kecil anak kita.

Kalau ikut kat kotak tu aku dekokan dengan gambar robocar poli. Ini pun dapat daripada kotak set robocar poli yang beli sehari esoknya rosak =(

Bila dah siap excited sungguh dia nk main. Nanti ada kotak lagi boleh la cipta apa2 lagi.
Teringat pulak masa kecik2 dulu cantum kotak ubat gigi & kotak mancis nak buat lori. Mainan masa zaman dolu-dolu. Bebudak sekarang lagi canggih la..tak de nye main kotak-kotak ni...die orang main LEGO.

Walaupun berbeza zaman, kanak-kanak dan dunia permainan tetap sama. Mungkin menggunakan tools yang berbeza tetapi dunia permainan sangat la mengujakan.
Jangan sia-siakan waktu emas anak kita yang amat berharga ni. Masa untuk menerokai alam kreativiti. 
So, marilah kita ke LEGOLAND hehehehehhe...

(Semoga aku dapat penuhi impian Nisa' nak ke LEGOLAND. Insha Allah...Aamiin.)



06 January 2016

DIY Cara-cara memasang magnetic door stopper

Assalamualaikum...

Today nak share macam mana nak memasang magnetic door stopper atau dalam bahasa melayu nye penahan pintu bermagnet.

Rupa door stopper nya macam ni lah


Benda ni terbeli sbb masa time perpindahan dulu. Kesnya bila buka pintu je pintu tertutup balik sbb ada 'door closer' yang power ranjers. Kalau sendal dengan penyendal pintu getah memang kalah jugak... 
Jadi meninjau2 di Mr. DiY utk mencari solusi & terjumpalah dengan magnetic door stopper ni.

So, let's start!

Tools yang perlu korang ada:
  • Magnetic door stopper (cheq beli kt Mr. DiY) .... murah je RM3.90
  • drill yang mampu menembus dinding korang tu
  • skru driver philips utk yang malas nk memegang drill lama2 mcm aku
  • pensel atau pen utk penanda
  • Segala skru & wall plug disertakan masa beli, so don't worry =)
Stepnya gini..terbahagi kepada 2 section. Satu yang kat dinding & satu lagi kt pintu.

Bahagian A yang attach pd dinding


Memula tandakan lokasi yang hendak di letak bahagian A tu... kena test2 dlu ye buka tutup pintu untuk dapatkan lokasi yang sesuai.

Kemudian buat la lubang skru pada dinding...kalau dinding konkrit sila guna drill yang power ranjer tahap gaban ye. kalau tidak sia2 lah usaha mendrill tu...setakat lubang cekenit je dapat nnt.


Begini hasilnya =)

Ini untuk bahagian B pulak ye..yang attach pada pintu. Memula kena leraikan benda bulat tu...

Cara² nak meleraikan tu. 1st kena tekan kuat-kuat kat tengah tu, hold sambil pusing. Nnt akan nampak bahagian tu terlerai...macam dalam gambar.




Bila dah berjaya meleraikan bahagian B tu, kita boleh le teruskan dgn memasangkan kat pintu pulak.


Lebih kurang jgak dgn cara section A tadi...memula test dlu lekat pada magnet section A tu. Pastu tandakan lokasi...pastu ikut le nak drill ke nak guna skru driver ke sbb dinding kayu ni xde lah nak guna kuasa kuda bagai kan...hihhihii..

Pasang plat dia dlu ye...pastu letak spring pastu nanti pasang penutup dia. Serupa macam keadaan dia memula nak bukak tadi.

Ok...dah siap dengan jayanya. Gini lah rupa parasnya bila dah pasang. Hati pun dah gembira sbb xpayah la nak minta anak menyandar kat pintu kat byk barang nak loading masuk rumah.

So, gud luck u alls... =)












29 October 2015

Melangkah terpaksa vs relaku pujuk

Beberapa hari lagi aku akan tinggalkan rumah lama aku. Antara percaya dan tidak, antara terpaksa dan rela. Aku memang kena pergi.

Rumah sewa yang aku diam selama 8 tahun. Walaupun rumah tak se'gah' mana tp byk kenangan...uhuk uhuk uhuk...

Kenapa lah tetiba nak feeling² ni? Hihihi...xde la menda pun. Entahlah. Hepi ke? Sedih ke? Semua ada...

Syukur aku masih ada rumah utk berteduh. Utk rumah lamaku...sayonara. Thanks so many utk owner rumah ku yang baik hati.

New home, new start...semoga hari²ku bertambah baik. Tinggalkan segala yang lepas kita mulakan sesuatu yang baru.

Welcome to my new home!


with love,
Ananisa

21 October 2015

Aku, Encik Hardware & Mr. DIY

Aku, seorang perempuan. Tapi macam2 benda aku pomen a.k.a DIY. Bukanlah pandai sangat. Benda2 basic je pun. Yang mana mampu aku buat, aku buat. Yang mana tidak tu, mmg tuggu encik bos la buatkan.
Yang tidak boleh tu benda2 yang sgtlah memerlukan kuasa kuda & kekuatan otot sasa.


Mak aku mmg biasakan aku buat keja2 paip, elektrik, kerja kayulah segala. Mak cakap arwah atok seorg pomen & tukang rumah yang the best kat kampung dulu. Tp mmg la aku perasan cucu2 merangkap sepupu2 aku kebykan mmg pomen sana, pomen sini termasuklah adik2 aku.

Buat keje tukang2 ni best. Ikut lah mcm mana yang kita suka yang penting tahu macam mana nk buat. Yang pasti, jgn segan nk bertanya kalau tak tahu. Tp sbnrnya mmg simple pun mcm ABC je...

Dulu2 aku slalu g hardware shop belek tu belek ni. Nak apa je, bgtau semua ada. Apa yang aku perhati tentang hardware shop ni. Dorg mesti buka kedai lebih kurang pukul 10 pagi pastu kan yang paling best seblm pkl 7 petang mesti kedai dah tutup rapat. Pastu Ahad mmg close sehari (cuma sejak dua menjak ni ada bbrpa hardware yang beroperasi ari Ahad). Sampaikan aku terpikir nak bukak kedai hardware. Ye la kan...bila malam sure dapat spend masa ngn family. Tu yang aku pikir la realitinya aku pn xtau sgt sbb xpenah la interview tokey hardware ni.

sumber: carian Google

Sekarang ni dah wujud pulak kedai hardware yang bagi pendapat aku user friendly. Ni lagi best, bkn best biasa-biasa best tau. Ini yang terlebih sudah.. Ala-ala gabungan kedai 2 ringgit, kedai borong segala mcm, kedai brg hardware semua di situ. Apa saja. Target customer drp baby sampai ke warga emas, barang2 utk lelaki, wanita semua ada.
Itu la dia MR. DIY...motto dorg "Always Low Price". Dah tu GST pun dorg xchrge. Best kan, best kan?

Entry ni bukan iklan berbayar hihihi. Saje je nak berkongsi sbb Mr. DIY ni ada mana saja. Encik bos ku tu bukan la kaki shopping sgt tapi bila je ajak masuk Mr. DIY mesti ikut punya. Barang2 dia memang murah. Ada mcm2 kualiti boleh pilih tapi hrga xde extreme mahal. So far ok la..even yang murah pun boleh pakai lama.

Cuma! Paling dangerous kalau bawa anakku yang tersayang tu. Mmg menangis la. Bkn satu barang yang dia mesti amik. Paling tidak-tidak pun 3 barang. Huwaaaa...!!! kopakla mak kau, nak... Yang maknye pun, mmg suka masuk Mr. DIY. Nasib ler badan. So, apa lagi sila-silalah ye... mengharapkan komisien tokey Mr. DIY hahahaha....

Entrance Mr. DIY yang seperti melambai-lambai ke arahku hihihi
sumber: carian Google

sumber: carian Google

06 October 2015

Saya kembali


Assalamualaikum....

Kembali berblog adalah satu perkara yang aku banyak kali tertangguh. Kerana apa ya? kerana asyik memikirkan nak 'touch up' blog ni. Kadang2 asyik menukar nama blog, kadang2 theme lah, font lah, itu lah inilah...

So, last kata putus mungkin nama blog ni yang last aku tukar n aku kekalkan. Buat masa ni dgn sorang anak mgkin masih ananisa. entah bertambah 2,3,.....ke brpa2 anak nnt semakin panjang kot nama blog ni.
Or juz amik initial dorg je. InshaAllah semoga bertambah rezeki anak nnt.

Plan utk sharing more to parenting, kids & hobby. Walaupun bab parenting ni aku bknlah terer sgt tp aku suka kongsi. Kalau bercakap benda yang aku suka rasanya 8 jam xleh henti hihihi...

Blog ini dalam tempoh 'touch-up'2 widget lagi. Ada benda2 yang tak dapat tekan tu mahap ler ye... Yang penting post la apa yang patut. Sbbnya nak touch up ni perlukan mood yang sesuai.

Semoga niatku dipermudahkan.Insha Allah, Aamiin.

Sayang sayang selalu...

with love,
Ananisa

03 November 2014

BREASTFEEDING STORY

Why Breastfeed?


Breast milk is the best food our child as it has all the essential nutrients. Here’s what breast milk contains:
  • A more easily digestible form of iron as compared to formula milk.
  • A higher contain of lactose compared to formula milk.
  • More protein than casein compare formula milk because protein is more easily digested than casein.
  • Breast milk promote the growth of good bacteria and inhibits growth of harmful bacteria in our child’s intestine.
  • Breast milk rich in antibodies which help the body to fight off infections, allergies and other illnesses.


Benefit of Breast Milk

Benefit for babies

  • Breast milk provides the ideal nutrition for infants - has the perfect mix of vitamins, protein, and fat.
  • It's all provided in a form more easily digested than infant formula.
  • Breast milk contains antibodies that help your baby fight off viruses and bacteria.
  • Breastfeeding reduces your baby's risk of having asthma or allergies.
  • Babies who are breastfed exclusively for the first 6 months, have fewer ear infections, respiratory illnesses, and bouts of diarrhea


Benefit for  mother

  • Breastfeeding burns extra calories, so it can help you lose weight faster.
  • It releases the hormone oxytocin, which helps your uterus return to its pre-pregnancy size and may reduce uterine bleeding after birth.
  • Breastfeeding lowers your risk of breast and ovarian cancer. It may also lower your risk of osteoporosis.


Amount of Milk Needed 

To Feed a Baby Each Day




Myths vs Facts About Breastfeeding



Breastfeeding Support Group in Malaysia


  • Ibu Breastfeeding Support Group  (www.ibufamily.org)
    • Meets every month. The schedule can be downloaded from the website calendar. 
  • Malaysian Breastfeeding Peer Counselors (http://malaysianbfpc.org)
    • A network of volunteer peer counselors trained by breastfeeding information specialist, SusuIbu, to provide encouragement, information and support to breastfeeding mothers all over the country. You can find the email addresses and contact information of volunteer counselors in your state or region. 
  • Susu Ibu (http://susuibu.com)
    • Provides breastfeeding information and support in Bahasa, with active online communities of breastfeeding mothers. 
  • World Alliance for Breastfeeding Action (WABA) (www.waba.org.my)
    • A global community for breastfeeding information and action.
  • Government Hospitals
    • Encourage mother to breastfeed baby after birth, give information regarding breastfeeding. 

Anakku masuk tahun 1