12 October 2016

Mama repair mesin basuh

Assalamualaikum... hari ni nak story kisah merepair mesin basuh. Pernah terjadi sekali dulu. Sebijak-bijaknya gi basuh karpet yang jenis hancur lapik bawahnya... Akhirnya mesin tersumbat. Air tak nak keluar & spin. Menangis seminggu basuh baju guna tangan. Walhal masa time studi dlu mmg basuh guna tangan pun kan.... hihihihi

Pastu tetiba minggu lepas jadi ler pulak. Aduhai la mesin basuh rosak ni memang payah la kerja. Malas pulak nak ngadu kat suami. Try la godek2 sendiri. manala tahu kalau hos tersumbat..tapi tidaklah pulak. Tergerak hati nak bukak belakang mesin. Try ON mesin balik..tetiba nampak mcm spark2 kat tepi2 wayar. Rupa-rupanya ada wayar terbakar.

So berani2 jugaklah nak repair sendiri. Bukan lah acah-acah berani tapi konfiden kalau setakat nak cantum-cantum wayar ni...

Gini lah rupa wayar yang terbakar tu 


Apa yang dibuatnya... potong skit pembalut wayar & keluarkan wayar copper (tembaga). Pastu lilit-lilit bagi sambung balik kedua-dua wayar yang dah putus. Pastu lagi....balut ngan selotape wayar.


 Yang kaler biru tu pun dibalut jgk...untuk safety. Tp pic yg dah dibalut tak snap


Buat kemasan. Supaya takde lah nak berselirat sana-sini. 


Akhirnya, syukur...mesin basuh dah dapat running macam biasa. Alhamdulillah jimat duit nak upah orang repair. Buatnya spare part takda, parahnya kena beli mesin basuh baru. Nangis tak berlagu lah jawabnya
Apapun tak sia-sialah ilmu Kemahiran Hidup yang belajar masa sekolah dulu.

Sebelum berpisah, nak pesan dulu la ye. Kalau xberani plsss don't try this at home. Benda-benda libatkan elektrik ni  amatlah berisiko. Pastikan masa nak buat keselamatan diri dan sekeliling tu dalam keadaan selamat & terkawal. Kalau jadi apa-apa, atas tanggungjawab sendiri ye... :-)


Pesanan penaja:

  • Utamakan keselamatan
  • Nak cantum wayar ke apa, pastikan switch off plug. Yg paling elok cabut terus plug sebelum siap semuanya.
  • Pastikan lantai kering. Pakai selipar, lapik lantai dengan kain atau surat khabar. Karang xpasal2 shock current sbb air ni salah satu pengalir elektrik.
  • Pastikan keselamatan sekitar tempat kita buat kerja termasuk orang yang ada kat tepi kita (sekiranya ada).

No comments:

Post a Comment

Anakku masuk tahun 1