Hari ni saya nak kongsikan resepi
paru goreng berlada yang mudah & ringkas. Ini pertama kali saya sediakan
masakan ni. Atas guide daripada sepupu maka terhasillah. Alhamdulillah kiranya
berjayalah saya masak paru.
Selalu makan paru goreng ni time
breakfast nasi lemak. Kadang tu memang teringin nak masak sendiri. Tapi tak
sampai seru lagi katanya. Ha, semalam seru dah sampai. Seruan suami namanya
hihihihi....
Sebelum kita nak masak or sediakan
bahan-bahan. Saya nak share macam mana nak bersihkan paru. Mula-mula basuhlah
paru tu. Lumurkan dengan tepung gandum sekejap kemudian bilas. Ada yang
bersihkan guna limau kasturi. Mana-mana pun boleh sebab tujuannya nak
menghilangkan bau hamis darah lembu.
Kemudian rebus paru sampai mendidih lebih kurang setengah jam.
Kita dapat tengok perubahan warna pada paru masak agak masak. Bilas lagi sekali
dengan air. Kemudian toskan airnya. Kemudian dah boleh la sediakan bahan-bahan yang lain.
Nak masak berlada ni ada dua
peringkat. Peringkat pertama, kena goreng paru dan peringkat kedua sambalnya
pula. Tak de rumit-rumit pun. Cuba sekali masak dah boleh je nak petik jari jer
lepas ni nak masak lagi.
Sebelum kita nak masak or sediakan bahan-bahan. Saya nak story macam mana nak bersihkan paru.
Mula-mula basuhlah paru. Lumurkan dengan tepung gandum sekejap kemudian bilas. Ada yang bersihkan guna limau kasturi. Mana-mana pun boleh sebab tujuannya nak menghilangkan bau hamis darah lembu.
Sebelum kita nak masak or sediakan bahan-bahan. Saya nak story macam mana nak bersihkan paru.
Mula-mula basuhlah paru. Lumurkan dengan tepung gandum sekejap kemudian bilas. Ada yang bersihkan guna limau kasturi. Mana-mana pun boleh sebab tujuannya nak menghilangkan bau hamis darah lembu.
Kemudian rebus paru sampai mendidih lebih kurang setengah jam. Kita dapat tengok perubahan warna pada paru. Angkat dan toskan airnya. Tunggu sejuk kemudian potong nipis-nipis.
Bahan-bahan untuk goreng paru:
- Paru (dihiris nipis)
- Kunyit
- Garam
- Sedikit ketumbar (ditumbuk halus)
- Sedikit jintan manis (ditumbuk halus)
- Minyak (untuk menggoreng)
Cara-caranya:
- Lumur paru dengan semua bahan-bahan macam nak goreng
ikan
- Panaskan kuali & tuang minyak
- Goreng paru dengan kaedah deep fry (bagi tenggelam)
- Dah garing boleh angkat
Tips: untuk bagi paru garing &
rangup, pastikan potongan paru nipis & goreng dengan api yang kuat
Kemudian kita nak buat sambalnya
pulak ye.
Bahan-bahan:
- Cili hidup (kalau rasa nak pedas boleh jer letak cili
api)
- Bawang besar
- Bawang putih
- Tomato
- Serai (sebatang)
*** bahan-bahan di atas ni semua
dikisar kasar
- Air asam jawa
- Garam (secukup rasa)
- Gula (sudu kecil)
- Minyak (untuk menggoreng)
Cara-caranya:
- Panaskan kuali & tuang minyak
- Tumis bahan kisar sampai pecah minyak
- Masukkan air asam jawa, garam & gula.
- Biarkan sambal sedikit kering, masukkan paru yang dah
digoreng tadi.
- Kacau-kacau sampai sebati
- Dah boleh dihidangkan
Selamat mencuba ye :)
No comments:
Post a Comment